Ammar Habis pantang baru kongsi


Penyampai Radio Hot FM, Ammar belum bersedia berkongsi wajah anak perempuannya yang dilahirkan di Hospital Sungai Buloh, jam 10.17 malam, semalam.

Ia dilakukan Ammar atau Azizul Ammar Abu Hassan bagi menghormati permintaan isteri, Amalina Jamil.

Katanya, nama anaknya pula akan diumumkan selepas tujuh hari kelahiran.

“Buat masa sekarang wajah anak belum boleh lagi. Ia atas permintaan isteri. Katanya, selepas habis pantang baru boleh.

“Apa yang boleh dikongsikan, hidung dan bibir sama seperti isteri manakala kening dan mata ikut saya. Keluarga yang datang pun faham dan mereka menghormati permintaan isteri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ammar, isterinya bersalin dua minggu awal atas nasihat doktor apabila kandungan gula dalam darahnya tinggi.


“Dia dinasihatkan bersalin awal bimbang nanti membahayakan bayi dalam kandungan dan juga nyawa isteri.

“Alhamdulillah, isteri selamat bersalin secara normal. Saya sangat terharu kali pertama melihat wajah anak,” katanya.

Ammar juga berada di sisi isteri sejak dimasukkan ke bilik bersalin, jam 5 petang Khamis lalu.

“Saya melihat bagaimana dia berusaha untuk melahirkan dan tidak sampai hati melihatnya menangis kesakitan.

“Itulah pengorbanan seorang ibu yang tiada tandingan,” katanya.

Ammar juga menyarankan kepada suami supaya berada di sisi isteri ketika mereka hendak bersalin untuk memberi sokongan moral dan kata-kata semangat.

Post a Comment

Previous Post Next Post