Amar Baharin dan Amyra Rosli perjelas sorok wajah anak


Amar Baharin dan Amyra Rosli bersama-sama anak mereka, Aqeef Anaqi, pada majlis kesyukuran dan cukur jambul yang berlangsung di Rosa Event Space, Wangsa Walk Mall.

Pasangan selebriti, Amar Baharin dan Amyra Rosli, mengaku sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai tohmahan dan kecaman netizen selepas menandatangani kontrak dengan stesen televisyen berbayar untuk menyiarkan program anak mereka, Aqeef Anaqi.

Dua pelakon terbabit juga memilih untuk tidak mempedulikan segala komen negatif yang dianggap hanya untuk membangkitkan elemen provokasi.


Amar Baharin dan Amyra Rosli bersama-sama anak mereka, Aqeef Anaqi, pada majlis kesyukuran dan cukur jambul yang berlangsung di Rosa Event Space, Wangsa Walk Mall. - Foto: Khairul Azhar Ahmad

"Sebagai ibu bapa, pastinya kami tidak sabar untuk berkongsi detik indah pembesaran Anaqi bersama-sama semua pihak. Namun, kami terikat dengan saluran berkenaan yang menghasilkan program mengenai anak kami.

"Saya sedar, pelbagai perkara dibangkitkan oleh netizen seperti saya tidak menyusu badan anak, terlalu menyorokkan wajah si kecil dan macam-macam lagi. Namun, saya tidak mahu membalas balik semua itu kerana ia hanya bakal mengundang isu lain pula.

"Kami mencuba sebaik mungkin untuk bersabar dan tidak melayan kata-kata negatif sebegitu. Jika kami membuka mulut, mungkin itulah yang dimahukan oleh kelompok terbabit. Apa pun, kami masih lagi belajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan sebaik-baiknya," kata Amyra.


Amar dan Amyra hanya mengumumkan nama anak mereka pada 6 Disember lalu.

Pasangan berkenaan ditemui pada majlis kesyukuran dan cukur jambul anak mereka yang kini berusia dua bulan, di sini. Majlis serba indah itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan teman baik.


Majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Nurr Jannah, Gombak.

Cahaya mata sulung pasangan pelakon itu dilahirkan pada 15 Oktober lalu.


Sekitar majlis kesyukuran dan cukur jambul anak pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli di Rosa Event Space, Wangsa Walk Mall.

Amar dan Amyra mengambil keputusan untuk berkongsi nama anak mereka pada 6 Disember lalu, serentak dengan tayangan program, The Adventure of Aqeef Amyramar.

Wajah penuh Aqeef pula hanya dikongsikan di laman sosial Instagram selepas tayangan episod ketiga rancangan realiti itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post