Yazer tidak pernah menghalang untuk isterinya aktif dalam nyanyian.
Bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke 3, Yazer Yusof, tidak pernah melarang isteri dia, Ekin Rahman untuk aktif dalam nyanyian.
Yazer atau nama sebenarnya Mohd Yazer Yusof, 35, berkata dia dan Ekin selalu menerima tawaran membuat persembahan di Sabah.
"Saya tak kisah dan tak pernah larang Ekin untuk aktif menyanyi biarpun kami sudah mempunyai seorang anak.
Yazer bahagia disamping isteri dan anak.
"Malah, kami berdua juga selalu menerima tawaran membuat persembahan di Sabah. Terpulang pada dia nak menyanyi atau tidak," kata Yazer.
Yazer ditemui ketika majlis pelancaran single terbarunya Teruja, di Vilej Damansara pada petang Selasa.
Menurut Yazer, dia pernah ditanya oleh individu mengenai status rumah tangganya yang dikatakan sudah goyang.
Yazer tampil dengan single terbaru berjudul Teruja.
Bagaimanapun, Yazer menegaskan penyanyi berasal dari Sabah itu masih isterinya dan kehidupan mereka bahagia.
"Ada orang tanya saya dah bercerai dengan Ekin ke? Pelik juga macam mana boleh timbul gosip seperti itu.
"Dia masih isteri saya dan kami bahagia sahaja. Kalau tengok di laman sosial kami ada saja berkongsi gambar bersama," ujarnya.
Yazer dan Ekin mula menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program realiti AF3 pada tahun 2005.
Pasangan ini berkahwin pada 26 Disember di Labuan, Sabah dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Noah, 2 tahun.