Tombiruo tembusi pasaran global


Kejayaan filem Tombiruo di Malaysia mendorong Astro Shaw memasarkan naskhah hebat itu ke AS dan negara-negara Eropah.

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba lakonan mantap pelakon popular, Zul Ariffin bakal menembusi global apabila dipasarkan ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak lama lagi.

Sebagai rekod, filem yang diadaptasi dari­pada karya novelis, Ramlee Awang Murshid berjaya mencapai kutipan me­lebihi RM7 juta hanya selepas 18 hari ditayangkan.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, pihak­nya telah menjalankan kerja­sama dengan AMP Inter­national.


“Sukar untuk karya dari Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa. Namun, pihak AMP International telah berbesar hati memilih naskhah ini untuk dibawa ke luar,” katanya sambil memberi­tahu, filem terbitan Astro Shaw itu akan dibawa ke Santa Monica, California sebelum ke Eropah pada Februari 2018.

Sementara itu, Pe­ngarah Jualan Global dan Pengambilalihan AMP International, James Norie berkata, filem Tombiruo: Penunggu ­Rimba merupakan sebuah naskhah yang berkualiti selain memaparkan kisah hidup seorang wira Asia.


“Pihak penerbit serta pengarah filem Tombiruo, Seth Larney dan Nasir Jani telah berjaya menghasilkan sebuah filem berbentuk Asian Superhero. Kami tidak sabar untuk memasarkan filem ini ke pasaran antarabangsa,” katanya.

Tombiruo: Penunggu Rimba membawa penonton ke hutan Keningau, Sabah melihat Ejim yang digelar sebagai Tombiruo dan sebagai penunggu rimba oleh penduduk setempat.

Post a Comment

Previous Post Next Post