Tiket Konsert Wanna One Habis Dalam Masa 3 Minit


Program anjuran IME Malaysia yang akan diadakan pada 19 Januari tahun depan di Stadium Negara, Kuala Lumpur itu memang dinantikan ramai sejak berita mereka akan berkunjung ke sini dihebahkan sebelum ini.

Selain penjualan tiket dalam talian, penjualan tiket kategori VIP dan Rockzone di kaunter yang dibuka di Empire City, Petaling Jaya, Ahad lalu terjual lebih 50 peratus dalam masa dua jam.

Peminat Wanna One di sini juga beratur di talian sejak sembilan hari sebelum pelancaran bagi mendapatkan tiket kategori VIP.

Pemegang tiket berpeluang terpilih untuk menikmati faedah tertentu menerusi cabutan bertuah.


Kumpulan dianggotai 11 jejaka tampan itu baru diperkenalkan dua bulan lalu tetapi sudah meraih perhatian luar biasa.

Bakat mereka dicungkil ketika menyertai program uji bakat suvival Produce 101 musim kedua pada April hingga Jun lalu.


Ia yang dianggotai Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Park Woo-jin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Bae Jin-young, Ha Sung-woon dan Hwang Min-hyun, Wanna One mula bergerak rasmi pada 7 Ogos lalu.

Album mereka berjudul 1 X 1=1 (To Be One) terjual lebih 700,000 unit bulan lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post