Afdlin Shauki bantu pelarian Rohingya


Simpati dengan nasib pelarian Rohingya, Afdlin Shauki meneruskan misi kemanusiaan di Bangladesh, sejak 5 November lalu.

Katanya, misi kemanusiaan itu membabitkan kerjasama daripada Yayasan Afdlin Shauki, Yayasan Kubra dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

"Setakat ini, kami berjaya mengumpul dana sehingga RM260,950.

"Kami harap kami dapat terus mengumpulkan dana daripada insan-insan yang bermurah hati untuk meneruskan misi ini," katanya pada Media Hiburan.


Lantaran itu, katanya, misi kemanusiaan itu berjaya mengagihkan lebih 3,600 paket makanan asas buat tiga kem pelarian yang dilawati iaitu Khutupalong, Tangkali dan Balukhali.

"Walau banyak mana yang dibawa, bekalan makanan asas yang disediakan masih tak mencukupi.

"Jumlah pelarian pula semakin melimpah dan ramai dengan keadaan yang serba kekurangan.

"Jujurnya, kami sangat menyayat hati dan meruntun jiwa apabila melihat keadaan mereka," katanya.


Rentetan itu, Afdlin menyeru agar lebih ramai rakyat Malaysia atau badan-badan bukan kerajaan datang memberi bantuan untuk mereka yang memerlukan.

"Kami sangat menyanjung kehebatan rakyat Malaysia yang sering cakna kepada permasalahan yang berlaku di dalam dan luar negara.

"Kami berharap agar semua rakyat Malaysia meneruskan sumbangan terhadap mereka yang memerlukan. The more you give the more you get!!," katanya yang bakal pulang ke tanah air pada 9 November ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post