Teman wanita Luhan EXO mengandung


Bekas ahli kumpulan EXO, Luhan dikatakan bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas teman wanitanya, Guan Xiaotong dipercayai kini sudah berbadan dua.

Perkhabaran itu dikongsikan agensi media China, Sina yang melaporkan bahawa pasangan tersebut dikatakan dalam persiapan untuk melangsungkan majlis perkahwinan.

Khabar angin itu mula dihidu selepas kurang sebulan selepas Luhan membuat pengakuan bahawa mereka merupakan pasangan kekasih.

“Ibu bapa saya teringin melihat saya berkahwin awal pada usia 27 atau 28 tahun. Bahkan kalau boleh, mereka mahu saya berehat daripada kegiatan seni selama dua tahun untuk bayi,” kata penyanyi berusia 27 tahun itu dalam satu temu bual sebelum ini seperti yang dilapor portal Allkpop.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang pengakuan rasmi yang keluar daripada kedua-dua belah pihak.

Susulan daripada khabar angin itu, nama pelakon Guan Xiaotong, 20, turut mencatatkan enjin carian paling tinggi di China.

Post a Comment

Previous Post Next Post