Selena Gomez, Justin Bieber luang masa bersama


Bieber (depan) dan Gomez.

Kurang dua hari selepas dilaporkan berpisah dengan teman lelakinya, The Weeknd, bintang pujaan Hollywood, Selena Gomez dilihat meluangkan masa bersama temannya, Justin Bieber.

Pasangan itu dikesan paparazzi sedang bersama-sama menunggang basikal di sekitar Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Portal E! News difahamkan, Justin Bieber masih menaruh perasaan terhadap Gomez.

“Cuma, Bieber enggan terburu-buru atau memaksa Gomez menerimanya semula. Sebaliknya, dia mahu memberikan masa dan ruang kepada Gomez sebelum membuat sebarang keputusan,” ujar satu sumber kepada E! News.

Pasangan itu dilaporkan mula bercinta sekitar tahun 2010 sebelum hubungan mereka mengalami pasang surut selepas itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post