Pelakon veteran Ismail Mahmud meninggal dunia


Seniman Ismail Mahmud, 80an, menghembuskan nafas terakhir pada jam 7 petang tadi di Hospital Kota Bharu, Kelantan.

Jenazah difahamkan telah dibawa pulang ke rumahnya.

Perkhabaran sedih itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Rahim Jailani.

Rahim berkata, arwah meninggal dunia kerana sakit kencing manis dan buah pinggang.

Arwah meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak.

Ketika hayatnya, arwah aktif berlakon di bawah arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan S Kadarisman.

Antara rakan seni seangkatan Alllahyarham adalah Allahyarham Sony Abdullah, Allahyarham Ed Osmera, Allahyarham Tamam Idris dan ramai lagi.

Rahim menyifatkan arwah seorang yang sangat baik dan cukup disenangi ramai

Post a Comment

Previous Post Next Post