Mira Filzah, Tak Nak Susahkan Pihak Lain


Jadual terlalu padat menyebabkan Mira terpaksa menolak banyak tawaran drama.

Pelakon Mira Filzah terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon untuk drama bersiri kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 24, berkata dia tidak dapat memberi komitmen pada penggambaran yang mengambil masa lama disebabkan jadualnya padat.

"Tawaran berlakon drama itu memang banyak saya terima tapi terpaksa menolak sebab jadual lakonan padat.

"Kalau drama bersiri penggambaran mengambil masa lama. Saya takut tak dapat beri komitmen dan menyusahkan pihak lain.


Mira bakal menjalani penggambaran filem pertamanya tidak lama lagi.

"Sebab jadual saya dalam sebulan, mesti kadang-kadang kena pergi melancong dan perlu hadir ke majlis atau acara," kata Mira kepada mStar Online.

Namun menurut pelakon Meh Sandar Lagi ini dia akan memulakan penggambaran filem pertamanya pada bulan Disember manakala tawaran drama pada awal tahun hadapan.

Kata Mira, tajuk filem dan drama tersebut masih perlu dirahsiakan sehingga pihak produksi akan mengumumkan.


Mira Filzah.

"Insya-Allah saya akan mula masuk set penggambaran filem pertama saya pada bulan Disember depan.

"Selain itu, saya akan menjalani penggambaran drama bersiri pada awal tahun hadapan. Tajuk filem dan drama tersebut masih dirahsiakan," ujarnya.

Dalam pada itu, Mira sudah memasuki kelas asas lakonan oleh pelakon Fauziah Nawi bermula pada Sabtu.

Saya sudah masuk kelas asas lakonan yang diajar oleh pelakon Fauziah Nawi bermula pada Sabtu sebagai salah langkah untuk baiki kelemahan saya.

"Selain itu, pihak produksi filem juga ada menyediakan latihan sebelum memulakan penggambaran pada bulan depan," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post