Lan sah keluar Kristal?


Kontroversi penyingkiran Lan sebagai vokalis kumpulan Kristal memasuki episod baru apabila produksi Gegar Vaganza 4 (GV4) tidak lagi menggunakan nama Lan Kristal seperti kebiasaan.

Bahkan ketika pengumuman Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof bakal membuat persembahan oleh gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, mereka menyebut nama Lan Solo menggantikan Lan Kristal.

Setakat ini, Lan, 32, belum membuat sebarang kenyataan. Namun menerusi rakaman yang dibuat produksi GV4, Lan hanya ketawa membaca tajuk akhbar yang mengatakan dia akan direhatkan dari kumpulan yang diterajui sejak tahun 1999 itu.

Sebelum ini, salah seorang anggota Kristal, Rody telah mengumumkan menerusi laman Instagramnya untuk merehatkan Lan dan mencari vokalis baru untuk kumpulan tersebut.


"Kami akan buat auditions mencari penyanyi baru. Insya-ALLAH pengumuman akan dibuat. Semoga Lan berjaya dengan hajatnya nak jadi penyanyi solo.

"Takkan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pula," katanya.

Ditanya bagaimana pendirian Kristal jika Lan masih terus menggunakan nama Lan Kristal, boleh atau tidak?

"Kalau dia dah kuat rasanya pakai Lan GV pun orang kenal," ujar Rody.

Post a Comment

Previous Post Next Post