Lan alami keracunan makanan


Lan tidak mahu meraih simpati peminat dan mahu membuktikan kesakitannya tidak akan menghalang dia daripada melakukan yang terbaik bagi persembahan minggu ini.

Peserta Gegar Vaganza musim empat (GV4), Lan, mengalami keracunan makanan selepas tersalah makan pada malam Isnin.

Lan atau nama sebenarnya, Razlan Mohamed Yusof berkata, akibat tersalah makan, dia mengalami cirit-birit teruk hingga menyebabkan buasir yang agak serius.

“Saya okey cuma badan sedikit lemah dan susah sedikit hendak berjalan sejak semalam kerana buasir.

“Doakan saya cepat sembuh dan boleh melakukan persediaan minggu keenam GV4 dengan baik,” katanya ketika ditemui di Astro, sebentar tadi.


[PROMO]


Tambah Lan, dia tidak mahu meraih simpati peminat dan mahu membuktikan kesakitannya tidak akan menghalang dia daripada melakukan yang terbaik bagi persembahan minggu ini.

Bagi minggu keenam, Lan akan membawakan lagu Pahit Akan Manis Akhirnya yang dipopularkan oleh kumpulan U.K’s.

Post a Comment

Previous Post Next Post