Izreen Azminda bakal beri penjelasan dakwaan sudah berkahwin


Izreen Azminda akan membuat penjelasan mengenai dakwaan telah berkahwin dengan seorang lelaki dikenali sebagai R atau nama timangan Ude akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Pelakon jelita, Izreen Azminda enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi dakwaan mengatakan dirinya telah berkahwin dengan seorang pemuzik beberapa bulan lalu.

Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 32, memberitahu, penjelasan mengenai dakwaan telah berkahwin dengan seorang lelaki dikenali sebagai R atau nama timangan Ude akan dilakukan dalam tempoh terdekat.


“Saya tidak boleh komen apa-apa buat masa ini. Sampai masa yang sesuai saya akan beritahu dalam masa terdekat. Terima kasih,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, menerusi sebuah portal mendakwa pelakon filem Nana Tanjong 2 itu bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuzik bebas yang kini terlibat dalam rancangan Gegar Vaganza musim keempat.

Namun, terdapat khabar angin mengatakan Izreen telah berkahwin berdasarkan status biografi menerusi akaun Instagram miliknya menggunakan nama Mrs.Ude.

Namun, sekitar pukul 6 petang semalam, Izreen telah memadamkannya dan menukar kepada namanya sendiri.

Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharuddin, 34, pada 2012 dan berpisah sekitar 2014.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Adrian Umar, 4.


[CHECK OUT OTHER PROMO]

Post a Comment

Previous Post Next Post