Cinta Nabila Razali , Aedy Ashraf hanya gimik


Penyanyi, Nabila Razali menjelaskan bahawa kisah tular percintaannya dengan pelakon, Aedy Ashraff hanyalah gimik muzik video lagu terbaharunya, Pematah Hati.

Nabila, 25, memberitahu setiap status yang dimuat naik di laman Instagramnya termasuk video dirinya menangis dua minggu lalu juga sekadar lakonan semata-mata.

“Saya sedar ramai peminat bertanyakan tentang apa sebenarnya yang berlaku antara saya dan Aedy sejak kebelakangan ini.

“Selepas pelancaran muzik video Pematah Hati hari ini, saya harap semua sudah dijelaskan. Itu semua lakonan dan gimik semata-mata,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Pematah Hati di Red Box Plus, Pavilion, sebentar tadi.


[PROMO]


Tambah Nabila, dia tidak berniat untuk menjadikan kisah lakonan mereka tular dalam skala besar namun melihat ia sebagai satu pengaruh positif supaya peminat memahami jalan cerita Pematah Hati.

“Memang ada risiko saya pilih jalan publisiti seperti ini tetapi itu ialah cabaran yang perlu saya terima sebagai artis baharu,” katanya lagi.

Terdahulu, khabar angin mula bertebaran apabila Nabila memuat naik gambar mesra bersama Aedy dengan kapsyen romantis tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Post a Comment

Previous Post Next Post