Hefny Sahad, Uqasha Senrose tidak seksi


Inilah busana yang mencetuskaan perdebatan dalam kalangan netizen.

Pengacara dan pelakon Hefny Sahad enggan mengambil pusing segala komen netizen yang tidak henti-henti mengecam penampilan kekasihnya, pelakon sensasi Uqasha Senrose yang tular sejak Jumaat lalu.

Segalanya bermula apabila Uqasha Senrose, 25, memuat naik beberapa keping gambar di Instagram dia menyarung busana berwarna hijau rekaan Azura Couture sehingga menampakkan bentuk badannya.

Gambar berkenaan lantas mengundang pelbagai kritikan negatif sehingga ada netizen yang meminta Uqasha simpan sedikit untuk suami.

“Pada saya baju yang dipakai Uqasha tidaklah terlalu seksi atau terdedah sana sini, mungkin menampakkan bentuk badannya sahaja. Begitu pun, ia merupakan aset yang dikurniakan Tuhan untuknya.

“Artis memang akan menjadi perhatian masyarakat, jadi kita tidak boleh menutup mulut orang. Buat baik pun tetap akan dikecam. Saya tidak mahu memanjangkan hal ini, berilah komen apa sahaja, moga mereka diberi ketenangan suatu hari nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Bagaimanapun tambah Hefny, 30, sebagai kekasih dia juga sering memberi kata-kata semangat kepada Uqasha agar wanita itu tidak tertekan apabila terus menjadi mangsa kecaman netizen.

“Saya yakin Uqasha sudah cukup matang untuk menghadapi tekanan sebegini kerana ia bukan pertama kali berlaku kepadanya. Saya memang selalu menenangkan keadaan dan memberi semangat kepadanya, cuma sebagai manusia biasa tentulah wujud perasaan tertekan dengan segala kritikan yang diterima.

“Pada saya perkara itu tidak bagus, cuba letakkan orang yang mengecam di tempat Uqasha. Saya tidak mahu hal ini terus berpanjangan kerana ramai lagi artis yang berpakaian seksi. Mungkin selepas ini kami cari pakaian yang bersaiz besar supaya tidak nampak segala yang tidak bersesuaian,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post