Fazura tidak menyangka albumnya dapat dijual ketika pasaran album sedang merudum.
Penyanyi Nur Fazura tidak dapat menahan air mata daripada mengalir apabila dimaklumkan album terbarunya, FAZURA telah terjual sebanyak 5,000 unit sejak berada di pasaran hampoir dua minggu. pada 23 Oktober lalu.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 33, berkata dia tidak menyangka akan menerima kejayaan yang cepat selepas bekerja keras menghasilkan album tersebut.
“Dari awal pembabitan dalam bidang nyanyian, saya hanya sekadar suka-suka. Tapi tak sangka syarikat yang besar seperti Universal Music percaya untuk buat album untuk saya.
Fazura (kiri) ketika pelancaran albumnya terbitan Universal Music.
“Saya menangis sebab tak sangka album pertama dapat kerjayaan dengan cepat sebab saya bekerja keras untuk album.
“Memang terkejut bila dapat tahu sebelum pelancaran dah terjual 5,000 unit sedangkan sekarang ini susah untuk menjual album,” kata Fazura.
Fazura ditemui ketika majlis pelantikannya sebagai duta Sahajidah Hai-O Marketing dan pelancaran album terbarunya, FAZURA di One World Hotel, Petaling Jaya pada Khamis.
Album tersebut mengandungi sembilan buah lagu iaitu Bangun, Bisa Apa, Cinderella (duet Fattah Amin), Lalu, Cinta Langka (feat Ariadinata SamSons), Hanya Tuhan Yang Tahu, Only God Knows dan Sayangi Dirimu.
Turut ditampilkan dua buah lagu bonus termasuk sebuah lagu bersama kumpulan Estranged iaitu Hancur Aku.
Malah, ketika menyampaikan lagu terbaru, Hanya Tuhan Yang Tahu, Fazura juga dilihat tidak dapat menahan rasa sebak.
Kata Fazura, sesiapa sahaja yang mendengar lagu tersebut juga akan menyentuh perasaan mereka sehingga boleh mengalirkan air mata.
“Apabila saya dapat kejayaan lagu Bisa Apa, semua orang turut menyanyi. Orang suka lagu yang patah hati.
“Jadi kali ini saya nak lagu yang lagi menyentuh perasaan bila dengar. Sebab itu bila saya nyanyian rasa kesedihan dan membuatkan saya tak boleh tahan sebak.
Fazura ketika membuat persembahan.
“Sudah tentu lagi bertambah sedih, perasaan bercampur kerana bersyukur dengan kejayaan yang saya capat hari ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fazura akan tetap memberikan tumpuan kepada bidang lakonan biarpun sibuk dengan promosikan albumnya yang disiapkan dalam masa lebih empat bulan.
“Untuk siapkan album ini ambil masa lebih empat bulan sebab jadual tidak mengizinkan. Selain nyanyian, saya juga sibuk dengan promosikan drama, telefilem dan filem terbaru.
“Tapi saya akan tetap memberi tumpuan utama kepada kedua-dua bidang ini. Akan sibuk dengan pelbagai promosi selepas ini,” katanya.