Dazrin Kamarudin isteri bersanding bertiga


Pelakon Dazrin Kamarudin meluahkan rasa teruja kerana isterinya Nur Fazulin Razali telah disahkan hamil hampir 5 bulan.

Pelakon, Dazrin Kamarudin meluahkan rasa teruja kerana isterinya Nur Fazulin Razali telah disahkan hamil.

Bagaimanapun ada perkara yang mengejutkan dia dan isterinya.

"Sebenarnya isteri saya sendiri pun tak tahu yang dia dah hamil sebab sesekali masih ada pendarahan berlaku yang disangka period. Rupanya bukan.

"Kami pun memang betul-betul tak jangka sebab dia pun tak ada apa-apa perubahan ketara yang berlaku. Fizikal pun tak berubah sangat.

"Kemudian setakat nak makan-makan tu biasalah. Masa bercinta pun selalu juga kami keluar makan. Jadi tak sangka la hamil.

"Kalau nak tahu juga sepanjang kehamilan tersebut, kami banyak bersukan sebab saya berazam nak kuruskan badan dan dia pula sebagai pendorong. Jadi setiap kali saya main badminton, naik basikal, joging, main bowling semua dia ikut.

"Alhamdulilah nasib baik baby sangat kuat," jelas Dazrin gembira.

Tambah Dazrin, dia hanya mengetahui isterinya hamil setelah disahkan oleh doktor di sebuah hospital pakar.

Dijangkakan bersalin pada 18 April 2018.

"Ingatkan kalau hamil pun mungkin dalam beberapa minggu sahaja. Rupanya dah empat bulan. Bermakna ketika kami bersanding pada bulan Julai lalu, masa itu dah ada isi, bersanding bertiga.

"Jika ditanya nak anak lelaki atau perempuan, saya berharap dapat anak lelaki. Sebagai anak sulung lelaki boleh jaga adik-adik dia nanti. Tapi kalau dah ditakdirkan anak perempuan, saya pun bersyukur kerana yang penting sihat dan sempurna," katanya ceria.

Menceritakan perkembangan terbaru mereka pula, Dazrin dan isteri kini sedang sibuk untuk persiapan pelancaran dua syarikat terbaru mereka pada 29 November ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post