Taylor Swift Jumpa Keluarga Joe Alwyn


Tidak seperti hubungan cintanya yang terdahulu, Taylor Swift memilih untuk merahsiakan hubungan cinta terbaharunya dengan aktor, Joe Alwyn.

Namun begitu, berita mengenai percintaan pasangan sensasi itu tetap berjaya dicungkil media.

Seperti yang dilaporkan laman The Sun, seorang sumber mendedahkan bahawa pelantun Look What You Made Me Do itu baru sahaja menemui keluarga Alwyn di London.

“Di sana (London), Swift menyewa rumah rakannya, Cara Delevingne. Alasannya, kerana dia dan Alwyn mahukan privasi tanpa diketahui oleh sesiapa pun,” ujar sumber tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post