Raja Farah rindu nak berlakon


Selepas beberapa tahun tidak muncul di televisyen dan layar perak, Raja Farah, mengakui mula rindu untuk kembali beraksi sebagai pelakon.

Pelakon ini juga kini sedia menimbangkan tawaran berlakon sekiranya dilihat bersesuaian dengan penampilannya.

Antara filem lakonan terakhir Raja Farah, 29 ialah Haq yang ditayangkan pada 2010.

"Selepas menceburi dunia komersial dulu, saya terjun ke arena lakonan. Jadi, ia sudah sebati dengan diri ini. Jadi, perasaan rindu untuk turun ke lokasi memang ada selepas sekian lama tidak mengasah bakat lakonan.

"Begitupun, semuanya saya serahkan kepada rezeki. Jika ada tawaran bersesuaian, saya mungkin takkan menolaknya.

"Dengan status sebagai isteri, sudah tentulah saya juga kena fikirkan soal masa, lokasi penggambaran dan keizinan suami," katanya yang diperkenalkan ke layar perak menerusi filem Salon pada 2005.

Dalam perkembangan lain, selepas menamatkan tugasnya sebagai hos program Assalamualaikum di TV AlHijrah, rezekinya dalam dunia penyiaran tetap ada apabila Raja Farah, dilamar pula mengacarakan program CJ Wow Shop.

"Sejak Ogos lalu, saya sibuk dengan latihan intensif bersama pihak berkenaan. Mereka turut mengundang hos program jualan langsung yang sama dari Korea untuk memberikan tunjuk ajar.

"Latihan intensif berkenaan begitu padat, dari pagi hingga ke petang," katanya.

Pada masa sama, Raja Farah juga kini dalam perbincangan untuk mengadakan kerjasama bersama jenama tudung dan pakaian.

Post a Comment

Previous Post Next Post