Pelakon veteran Sony Abdullah meninggal dunia


Seniman filem Melayu terkenal era 1960-an, Datuk Abdullah Sani Ahmad, atau dikenali Sony Abdullah, meninggal dunia petang ini di kediamannya di Selayang kerana sakit tua.

Beliau yang berusia 74 tahun menghembus nafas terakhir pada jam 4.15 petang tadi.

Anaknya, Fathorossoim Al-Sani Abdullah Sani berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjid Melati Selayang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Batu Caves selepas solat Isyak malam ini.

“Pada 7 Oktober lepas, kami baru meraikan hari lahirnya yang ke 74 dan arwah masih sihat dan gembira ketika itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham meninggalkan lima anak.

Sepanjang kerjaya seninya, Allahyarham pernah mencipta fenomena menerusi filem Permintaan Terakhir pada tahun 1975, Menanti Hari Esok (1977), dan Gadis Langkawi (1966).

Post a Comment

Previous Post Next Post