Gegar Vaganza 4 bawa dua artis luar negara


Memasuki musim keempat, program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) tampil dengan kelainan apabila menampilkan peserta dari luar Malaysia.

Kali ini, GV4 menampilkan Ferhad dari Singapura dan Firman Siaga (Indonesia) sebagai peserta musim ini.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, pelbagai perancangan yang teliti telah dirangka untuk menjadikan program realiti ini terus gah di pentas.

"Kita akan terus mencari jalan untuk terus menambahbaik program ini.

"Lagipun, lagu-lagu dari negara tersebut juga mendapat tempat di sini,.

"Walaupun ramai penyanyi dari luar berminat untuk sertai program ini, tapi buat permulaan, kita bawakan dua peserta ini," katanya pada sidang media program tersebut, hari ini.



Selain Ferhad dan Firman, 10 lagi peserta GV4 ialah Hazami, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Liza Hanim, Elyana, Syura, Raja Azura, Haida dan Aishah.

Seperti musim lalu, Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih kekal sebagai pengacara.

Konsert mingguan GV4 akan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, mulai 29 Oktober ini.

Ia akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Masih mengekalkan format asal, juara GV4 akan membawa pulang wang tunai RM100,000.

Post a Comment

Previous Post Next Post