Joy Revfa Tidak akan kembali kepada Hafiz Hamidun


Usahawan kosmetik, Joy Revfa menegaskan dia tidak akan kembali kepada suaminya, Hafiz Hamidun meskipun Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan penceraian yang dilafazkan bekas suaminya, Datuk Mohd Rayus dua tahun lalu sah.

"Saya tidak akan kembali kepada Hafiz," katanya.

Menurutnya, dia merasa tawar hati terhadap Hafiz kerana didakwa tidak mempertahankannya.

"Dia tidak mempertahankan hak saya sebagai isteri dan tak akan lagi menjadikannya sebagai suami," katanya kepada Sinar Harian.

Dia berkata, perbincangan lanjut akan dibuat bersama peguamnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post