Ezlynn, Adam Fahmy sah bercerai


Kemelut rumah tangga antara penyanyi Ezlynn dengan suaminya, Adam Fahmy akhirnya selesai selepas pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini sebentar tadi.

Adam Fahmy Shamsuddin, 38, melafazkan cerai talak satu terhadap Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 36, di hadapan Hakim syarie Noorbyetty Nasir pada jam 10.30 pagi.

Permohonan cerai itu dikemukakan Ezlynn selaku plaintif pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984.

Antara lain, Ezlynn mengemukakan alasan bahawa tiada lagi persefahaman dan kasih sayang dalam rumah tangga mereka yang dibina pada 20 November 2011.

Pada prosiding itu, Ezlynn hadir ke mahkamah bersama peguam syarie Izyan Hazwani Ahmad manakala Ahmad Nazib Johari bertindak sebagai peguam syarie Adam Fahmy.

Sementara itu, Ezlynn ketika ditemui pemberita selesai prosiding, berkata beliau berasa lega dan berasa lebih tenang selepas perkara (penceraian) itu selesai.

Post a Comment

Previous Post Next Post