Belum pun reda isu seorang pelakon wanita terkinja-kinja menari sambil menayang buah dadanya di media sosial baru-baru ini, timbul pula isu Eyka Farhana ada video seks.
Sudah bertebaran di ruang Internet dalam pelbagai jaringan media sosial, pelakon ini dikatakan terlibat melakukan aksi lucah tanpa seurat benang dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.
Kononnya, video seks itu sudah tular sejak seminggu lalu dan Eyka tidak dapat lari daripada pandangan buruk masyarakat yang kebanyakan percaya bahawa wanita di dalam video berkenaan adalah dirinya.
Baru sahaja kehilangan kakaknya yang lebih sebulan lalu, kes ini umpama musibah yang datang bertimpa-timpa. Eyka mengatur langkah berani untuk berdepan dengan isu ini bagi membersihkan nama baiknya meski ada yang bermati-matian percaya Eyka cuba menutup kebenaran.
Video seks dah jadi bahan tular di Internet, memalukan, apa ceritanya ni Eyka?
Mulanya saya anggap perkara ini biasa sahaja, orang nak buat gosip dan sebagainya. Tapi rasanya sudah banyak dikongsi oleh pengguna Internet kerana lama-kelamaan makin ramai pula yang bertanya termasuk kawan-kawan baik yang mula curiga dan tertanya-tanya adakah itu saya? Maksudnya memang dah ramailah yang tengok video itu bukan? Memang saya akui ia memalukan tetapi percayalah wanita di dalam video berkenaan bukan saya!
Tapi ada yang kata itu memang awak, komen?
Saya akui, bila tengok video itu untuk kepastian, memang pada awalnya nampak macam saya. Ya, wanita dalam video itu ternyata punya wajah persis saya. Tapi dari sudut yang berbeza, boleh nampak yang dia adalah orang yang berlainan, bukan saya. Paling saya geram dan sakit hati, pihak yang tak bertanggungjawab itu yakin memuat naik video itu di Internet dengan judul ‘video lucah artis Melayu Eyka Farhana’. Terang-terangan dan berani ya dia letak nama saya di situ sedangkan saya langsung tak terlibat dengan perkara sebegitu. Jijik!
Difahamkan Eyka sudah maklumkan pada pihak pengurusan. Apa tindakan mereka?
Ketika saya menunjukkan video itu pada mereka, pihak pengurusan saya pada awalnya juga sukar untuk mempercayai itu bukan saya kerana wajah wanita berkenaan yang kelihatan serupa. Berkali-kali mereka tonton dan kemudian, barulah mereka yakin dan percaya itu bukan saya. Mulanya memang saya buntu juga bagaimana nak meraih kepercayaan mereka. Takkan sampai tahap nak buka baju pula semata-mata nak buktikan bukan? Mereka juga dah sepakat akan ambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pengguna Internet yang menyebarkan video itu kerana saya dan pihak pengurusan memandang serius perkara ini.
Tak rasa ke ada unsur-unsur macam nak menjatuhkan Eyka sebagai seorang artis?
Tak tahulah. Tetapi saya akui perkara begini kalau tidak diberi penjelasan, ia akan menjejaskan nama saya sebagai seorang anak seni. Saya tak buat, saya kenalah tegakkan keadilan, ini soal maruah.
Orang selalu menganggap golongan artis ni suka bermuka-muka. Menafikan kerana hendak menutup kesalahan dan mahu mengelak orang kecam. Dalam isu ini, tak mustahil Eyka juga turut dikecam. Boleh komen?
Saya harap janganlah orang ramai memanipulasi kenyataan saya kerana yang mangsanya adalah saya. Sudah saya tegaskan, wanita dalam video itu bukan saya dan adalah tidak munasabah untuk saya lakukan perkara sebegitu. Ternyata betul, memang ada yang menghantar mesej termasuk di media sosial, mengutuk tindakan saya menjelaskan keadaan di Instagram. Mereka kata kalau saya tak buat (video seks), kenapa perlu muat naik kenyataan di Instagram? Kata mereka, nampak sangat nak tutup kesalahan. Bagi saya, terpulang pada mereka sama ada nak percaya atau tidak. Saya tak boleh buat apa selain menegakkan keadilan untuk diri. Saya beritahu perkara yang betul kenapa nak tuduh saya umpama nak tutup salah pula? Susah juga jadi selebriti ni, kita buat benda baik, orang mengata, buat keburukan apatah lagi?
Kalau selepas ini ada orang memandang Eyka dengan pandangan seksual atau melabel awak dengan perkataan negatif tertentu, bagaimana?
Kerana video ini, sudah tentulah orang akan memberikan persepsi buruk dan negatif terhadap saya. Tetapi, saya tak mahu ambil peduli dengan apa yang mereka fikir atau tohmah sebab saya tak buat. Sebab itu saya ambil keputusan muat naik kenyataan di Instagram. Itu pun macam-macam orang kritik.