Tidak kisah tiket mahal jika filem berkualiti


Reaksi seorang pelakon yang terkejut melihat harga tiket wayang semakin mahal mendapat perhatian netizen.

Bagaimanapun, netizen beranggapan tiada masalah bagi mereka untuk berbelanja lebih sekiranya filem tersebut berkualiti dan memuaskan.

Pengguna Facebook, Rizzy Yusry mengatakan bahawa dia berpuas hati sekiranya mutu lakonan itu bagus.

“Kalau tengok pelakon pandai berlakon, takde hal lah, tapi kalau pelakon kayu patah segala tu memang lah membazir, baik duit tiket tu buat belanja makan ke, perut pun kenyang,” tulisnya.

Pendapat itu disokong pengguna Facebook, Brader brader.

“Abang Long Fadil 2, kutipan lebih 15 juta, ini bukan masalah tiket mahal tapi cerita aksi atau kelakar kebiasaannya laris dan lebih dapat sambutan daripada cerita cinta.

“Kalau cinta-cinta ni depa layan kat televisyen jer,” tulisnya pula.

Saifol Arshad pula berasakan orang ramai kini lebih celik dan mahukan filem yang lebih realistik.

“Harga tiket tak jadi isu kalau filem ada kualiti, ini bukan zaman 90an atau awal millennium. Kalau review pun dah kelaut macam mana orang nak pergi tengok?,” tulisnya.

Sementara itu, pengguna Facebook, Eben Sorzlesz pula merasaka harga tiket sedia ada ini bersesuaian keadaaan kini.

“Saya berpendapat harga tiket sebenarnya tidak lah mahal sangat sebab lepas caj itu ini, termasuk cukai, faham-faham lah,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook Noor Azlan Tumiran sempat berjenaka dengan memberikan idea untuk tetap menonton filem kegemaran tanpa mengeluarkan wang.

“Tunggu masa je raya nanti, cerita tahun ini mesti ada kat televisyen tahun depan. Sabar itu kenikmatan,”tulisnya.

Kadar tiket wayang kini kira-kira RM15 hingga RM25 bergantung pada filem yang ditonton, sekiranya ia filem terbaru maka harganya akan sedikit tinggi berbanding filem yang sudah berada lama di pawagam.

Post a Comment

Previous Post Next Post