Siti Nurhaliza lepas rindu hadiah muzik video baru


Datuk Siti Nurhaliza sempat merakamkan video muzik bagi single ketiga, Aku Bukan Malaikat, biarpun sebelum ini mengumumkan memperlahankan karier seninya.

Video muzik lagu ciptaan komposer Indonesia, Opick daripada album terbaharunya, SimetriSiti itu dilancarkan tak lama lagi di laman YouTube Vevo Siti Nurhaliza.

Siti memberitahu, buat pertama kalinya, video muzik terbitan Siti Nurhaliza Production (SNP) dan Universal Music Malaysia itu menggunakan khidmat Azhar Rasa daripada syarikat produksi, Rasafilm.co sebagai pengarah.

Penggambaran dilakukan di kediaman penyanyi Cindai itu di Bukit Antarabangsa, di sini pada 28 Julai lalu, disusuli Pulau Duyong, Kuala Terengganu, pada 8 Ogos bagi menambah penceritaan dengan pembabitan dua pelakon dari sana.

"Siti amat menggemari lagu Aku Bukan Malaikat. Jadi, sesuai sangatlah apabila video muziknya diterbitkan. Dapatlah juga mengubat rindu peminat.

"Bagi penggambaran membabitkan Siti, ia hanya memakan masa empat jam. Malah, Siti bersolek sendiri dan menukar dua persalinan. Ia video yang boleh dikatakan ringkas. Cuma, bagi menampakkan elemen dramatik, kami menggunakan khidmat dua pelakon dari Terengganu," katanya kepada BH Online.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post