PElakon Zahirah MacWilson menganggap keputusan produser drama La Luna memilihnya menggantikan Fathia Latiff sebagai rezeki.
Katanya, tiada apa yang boleh diulas kerana ia sebahagian daripada kerja.
"Bagi saya rezeki masing-masing. Saya juga tidak fikir langsung pasal kontroversi sebab ia adalah kerja. Peminat pun sentiasa beri komen positif di media sosial," katanya.
Pelakon yang sedang popular melalui drama Duda Pujaan Dara itu positif dengan penerimaan peminat apabila drama itu ditayangkan kelak.
Kata Zahirah, dia baru sahaja tamat penggambaran drama Duda Pujaan Dara dan sepatutnya pulang ke Perth, Australia hujung minggu ini.
Bagaimanapun dia terpaksa menunda perancangan itu kerana terikat dengan penggambaran drama La Luna yang bermula semalam.
Sebelum ini, watak itu diberikan kepada Fathia tetapi digugurkan oleh produksi Tenview Sdn Bhd atas dakwaan tidak berdisiplin.