Pencarian individu gagah Malaysia


Sebut sahaja perkataan ‘gagah’ mungkin akan terbayang tubuh sado, namun maksud sebenar adalah lebih luas daripada itu.

Kekuatan fizikal, ketahanan mental dan kekentalan emosi membolehkan seseorang mengatasi cabaran dan halangan yang paling sukar. Sesiapa sahaja boleh menang jika mereka bertekad dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melawan segala halangan demi mencapai impian.

KIX HD (Astro Channel 729), saluran utama untuk hiburan berbentuk aksi di Asia, menjemput semua lapisan masyarakat Malaysia mencuba R U Tough Enough? musim keempat.

Pemenang yang lalu telah membuktikan bahawa kegagahan berada dalam semua aspek kehidupan dan semua orang boleh menjadi pemenang.

Antaranya Dinesh Jared Sundram seorang guru (2014), kakitangan syarikat penerbangan yang beralih kerjaya ke bidang pastri, Chef DG Leoniel (2015) dan pengurus jualan teknologi maklumat yang bertukar kerjaya kepada jurulatih kecergasan Benny Yeoh (2016), adalah contoh semangat juara R U Tough Enough?.

Pada tahun ini, sepuluh peserta baru akan dipilih untuk bersaing dalam The Ultimate Edition yang dihoskan oleh bekas duta, juara seni mempertahankan diri campuran (MMA) antarabangsa, pelakon dan model Peter Davis.

Kesemua sepuluh peserta akan mengharungi beberapa siri cabaran sukar yang akan menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi mereka untuk dimahkotakan sebagai Malaysia’s Toughest 2017 dan memenangi hadiah bernilai hampir RM30,000.

R U Tough Enough?: The Ultimate Edition tahun ini akan menampilkan cabaran yang lebih epik – johan baru yang dimahkotakan sebagai pemenang berpeluang bersaing dalam pusingan bonus bersama kesemua tiga pemenang episod yang lalu untuk memenangi gelaran kehormat Pemenang Terulung R U Tough Enough?.

Pengarah Eksekutif Pemasaran di KIX HD, Shirley Cheong berkata, pihaknya amat teruja menanti acara R U Tough Enough? musim keempat.

"Dengan The Ultimate Edition, kami mengalu-alukan semua rakyat Malaysia yang percaya mereka mempunyai semangat juara untuk tampil ke depan kerana semua orang berpeluang untuk menang,” katanya.

R U Tough Enough? terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk menyertai pertandingan ini, peserta mesti memohon secara dalam talian di www.KIX-TV.com/tough.

Calon yang telah di senarai pendek akan dijemput menghadiri sesi uji bakat tertutup pada akhir Oktober dan sepuluh individu gagah bakal bertarung pada pertandingan akhir di Sunway Pyramid, 26 November depan.

Sebagai sebahagian daripada proses pengambilan peserta untuk R U Tough Enough?, KIX HD akan menghantar pasukan Tough Troopers mereka ke beberapa lokasi utama di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk mencabar individu menonjol kegagahan mereka melalui beberapa siri ujian.

Maklumat lanjut termasuk terma dan syarat pertandingan boleh diperolehi dalam laman sesawang www.KIX-TV.com/tough. Dapatkan maklumat terkini tentang pertandingan melalui saluran media sosial KIX HD termasuk Facebook: facebook.com/KIXAsia, Twitter: @KIXAsia, dan Instagram: @KIXAsia.

Post a Comment

Previous Post Next Post