Maisarah Ukulele dapat pujian Hazami


Nama Maisarah Ukulele mungkin masih asing lagi bagi sesetengah peminat industri hiburan tanah air. Pun begitu, sebenarnya Maisarah sudah lama dikenali dalam kelompok peminatnya.

Dia mula serius di dalam bidang seni sejak usia 9 tahun, boleh bermain piano pada usia 5 tahun dan menari balet hingga gred enam bermula usia 3 tahun.

Maisarah juga seorang penari Sayang Dancers.

Namun pada umur 13 tahun Maisarah menunjukkan minat bermain ukulele selepas muncul menari dan menyanyi di konsert Datuk A Rahman Hassan, Istana Budaya.

Selepas itu, Maisarah terus mendapat tawaran demi tawaran menyanyi sehingga kini. Antara kenangan manis Maisarah adalah apabila mendapat jemputan sebagai penyanyi pembukaan di KL International Jazz, Kuala Lumpur.


Hasil perjalanan seni itu, kini Maisarah muncul dengan single ketiga berjudul Oh! Si Kacak yang dirancang akan dimuatkan dalam album yang akan mempunyai enam atau tujuh lagu.

Paling membanggakan kesemuanya lagu ciptaan Maisarah sendiri.

“Lagu pertama ciptaan Maisarah adalah Adakah Ini Cinta pada tahun 2016, lagu Oh! Si Kacak muncul ciptaan kedua tetapi lagu Oh! Si Kacak dikeluarkan dulu.

“Dapat inspirasi daripada ibu saya yang menonton sebuah drama dan sambil berbual dia kata hah best kalau Sarah buat lagu mengenai Oh Si Kacak.

“Ia merupakan 50 peratus imaginasi dan 50 peratus cerita yang dialami sendiri, suka pada seseorang tetapi takut nak luahkan,” jelas Sarah.

Ditanya kepada ibunya mengenai kelebihan Sarah sebagai penyanyi untuk bersaing dengan penyanyi popular sedia ada, Lis menjawab Maisarah seorang yang berbakat menari, menyanyi bermain alat muzik dan boleh mencipta lagu serta lirik pada usia muda.

Terbit klip video

Untuk lagu Oh! Si Kacak yang kini sedang giat dipromosikan, syarikat pengurusannya iaitu On Muse telah menerbitkan klip video arahan F8buzz.

Klip video yang berjalan selama dua hari ini membabitkan dua lokasi iaitu Sekolah Rendah Taman Tun Dr. Ismail dan di Bentley Music Academy Damansara.

Menariknya di dalam klip video yang seolah-olah berada di talentime ini, Maisarah dapat berlakon bersama rakan dan orang individu yang diminati minati.

Antara penampilan istimewa di dalam klip video ini adalah pelakon hebat Azhar Sulaiman, penyanyi legenda Sahara Yaacob dan komposer terbaik Hazami.

Hazami turut memuji bakat Maisarah dan mengakui dia hanya membantu penyanyi itu menghidupkan watak dalam video klip itu.

"Seperti lagu Oh! Si Kacak ini, dia yang buat semuanya. Saya hanya guide sikit-sikit sahaja, Saya okay sahaja dengan keputusannya sebab saya lihat dia kebolehan itu dan cita rasa tersendiri. Saya juga lihat dia peluang cerah dalam usia muda ini," jelas komposer terkenal ini.

Tambah Hazami, dalam usia 16 tahun, Maisarah boleh pergi lebih jauh dengan bakat yang dimilikinya itu.

Info

Nama penuh: Maisarah Binti Faizal

Umur: 16 tahun

Masih menuntut tingkatan 4 Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail

Bercita-cita menjadi seorang komposer dan penyanyi terkenal. Juga mahu bergelar guru bahasa Inggeris.

Minat untuk berlakon dan mengacara juga sekiranya diberi peluang.

Post a Comment

Previous Post Next Post