Farisha Irwayu cedera ditimpa penyangga lampu


Pelakon, Farisha Irwayu, 48, cedera di kepala selepas penyangga lampu terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Cinta Hati Batu di Kelana Jaya, malam tadi.

Kejadian kira-kira 8 malam tadi dipercayai berpunca daripada kecuaian kru produksi yang terlanggar penyangga lampu terbabit yang sedang dipasang.

"Ketika itu, saya sedang menunggu babak seterusnya dan tiba-tiba, 'light stand' itu jatuh menimpa kepala saya. Pada mulanya, saya tidak berasa apa-apa dan masih meneruskan penggambaran.

"Tidak lama selepas itu, saya berasa pening dan mendapati ada benjolan di kepala membuatkan pihak produksi segera membawa saya untuk mendapatkan rawatan," katanya kepada BH Online.


Farisha Irwayu bersama barisan pelakon dan kru drama Cinta Hati Batu sebelum kemalangan.

Pelakon drama Duda Pujaan Dara yang sedang ditayangkan di Astro itu bagaimanapun, bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius.

"Doktor menasihatkan saya supaya bermalam di hospital untuk pemeriksaan lanjut, tetapi saya minta dibenarkan berehat di rumah. Kesan daripada kejadian itu, leher saya masih terasa kejang. Doktor sudah memberikan saya suntikan.

"Saya tidak berhasrat untuk mengambil apa-apa tindakan kerana ia bukan disengajakan. Lagipun, kru terbabit sudah memohon maaf dan pihak produksi juga memberikan layanan yang baik.

"Mereka juga memberikan saya cuti untuk berehat. Insya-Allah, dalam sehari dua lagi mungkin saya akan pulih sepenuhnya," katanya.

Insiden itu mendapat perhatian apabila suami Farisha, Tuan Asmawi Tuan Umar memuat naik gambar pelakon itu sedang mendapat rawatan di sebuah pusat perubatan di laman sosial, Facebook.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post