Erwin Dawson nafi diri gay


Pelakon Erwin Dawson, 28, pernah dianggap gay gara-gara sikapnya yang teliti menjaga penampilan dan sentiasa kelihatan kemas.

Bagaimanapun, jejaka kelahiran Singapura dan dikenali menerusi drama Miss Kapten Cikgu Waiz menafikan perkara itu.

Tegas Erwin, dia lelaki normal yang masih menyukai wanita.

"Saya ada sedikit gangguan obsesif kompulsif (ocd) dan memang sangat teliti apabila membabitkan penampilan diri.

"Saya ingin sentiasa kelihatan kemas bukan hanya diri sendiri, tetapi rumah dan kereta saya juga harus dalam keadaan bersih dan teratur," katanya.

Erwin akui ada kawan-kawan yang bertanya terus kepadanya sama ada dia gay atau sebaliknya.

"Mereka bertanya sekadar inginkan kepastian kerana melihat sikap dan wajah saya yang mereka kategorikan sebagai 'jambu'.

"Hakikatnya, kerjaya sebagai pelakon membuatkan saya mengambil berat ketrampilan diri," katanya.

Apapun Erwin akui dirinya bukanlah individu yang mudah terasa hati.

Katanya, sesiapa yang mengenalinya mesti tahu dia bukanlah orang yang cepat terasa sebab itulah mereka berani bertanya soalan seperti itu kepadanya.

"Bagi saya ia sekadar soalan biasa," katanya.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post