Engku Aleesya Mula Jadi Perhatian Di Indonesia


Peminat menyamakan wajah Engku Aleesya (kiri) seiras pelakon popular Indonesia, Chelsea Islan.

Perkahwinan antara bintang Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella dengan Engku Emran turut memberi populariti kepada Engku Aleesya yang mendapat tempias ibu tirinya itu.

Engku Aleesya, 8, yang merupakan anak tunggal Engku Emran hasil perkahwinan dengan aktres Erra Fazira nampaknya sudah mula mengumpul peminat di Indonesia.

Malah, ada peminat yang mengatakan wajah Aleesya seiras dengan pelakon popular negara mereka, Chelsea Islan.


Aleesya kini mempunyai dua ibu yang popular di Malaysia dan Indonesia.

Menerusi akaun Instagram @chikamoetz, individu itu ada memuat naik gambar Aleesya dengan aktres cantik tersebut.

Tulis pemilik akaun Instagram itu, "Anak bonda (Bella) kembarnya kakak Chelsea, semoga apabila besar nanti mampu menjadi gadis yang cantik wajah dan hatinya. Jadi gadis yang kuat dan sabar seperti bonda serta anak yang taat agama seperti ayah E (Engku)".

Menerusi posting tersebut, ramai yang meninggalkan komen bersetuju wajah Aleesya seiras dengan pelakon filem Street Society itu.

@jefrinaldi07: Satu versi kecil, satu versi besar.

@shivakemmedy: Dari awal aku lihat mirip bangat... Cantik.

@papasyukron: Mirip bgt (sangat) sama Chelsea.

@myramaritza: Mini Chelsea Islan.

@jyp_pakpahan: Boleh buat filem versi kecil dan dewasa.

Foto tersebut menjadi tular dan mendapat lebih 7,000 likes dan hampir 200 komen ditinggalkan netizen.


Peminat Indonesia mewujudkan Instagram @aleesyaholic.

Sementara itu, satu akaun Instagram diberi nama @aleesyaholic diwujudkan oleh peminat Aleesya di Indonesia pada Rabu lalu.

Dalam masa dua hari, akaun tersebut berjaya mengumpul hampir 5,000 pengikut daripada negara tersebut.

Wah, nampaknya aura populariti ibu tiri membuatkan Aleesya turut mempunyai peminat, manalah tahu mungkin selepas ini Aleesya turut menjadi bintang di negara seberang.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post