Ashraf Sinclair, Tiada rahsia antara kami


Aktor, Ashraf Sinclair, 37, menegaskan komunikasi dua hala menjadi tunjang yang mengukuhkan rumah tangganya dengan penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari, 34.

Katanya, setiap hari umpama proses mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam hingga tiada rahsia antara mereka sejak bergelar suami isteri sembilan tahun lalu.

"Kami sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai apa jua topik kerana bagi saya komunikasi ialah elemen terpenting dalam sesebuah perhubungan, apatah lagi selepas berkahwin.

"Bagi saya, isteri ialah teman hidup saya. Jadi, sangat mustahak untuk membabitkannya dalam setiap urusan harian saya. Sememangnya kami selesa berkongsi dalam segala segi.

"Secara peribadi, kami juga percaya terhadap komunikasi selain sikap tolak ansur kerana dalam perkahwinan juga ada pasang surutnya," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, Ashraf yang kini menetap di Indonesia selepas mengahwini Bunga yang juga selebriti popular dari seberang itu pada 8 November 2008, kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair, 7.

Dalam perkembangan terkini, beliau kini menjalani penggambaran siri mini berjudul DoSa yang turut dibintangi Datuk M Nasir, Hisyam Hamid dan Remy Ishak.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post