Shaheizy Sam Saya belum muflis


Dihambat kontroversi tunggakan cukai dan kemungkinan berdepan prosiding kes bankrap memberi pengajaran kepada Shaheizy Sam untuk lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan.

Bintang Interchange itu mengaku jika isu berkenaan tidak dibangkitkan, dia tidak akan peka mengenai prosedur pembayaran cukai.

"Saya terkejut kerana tidak tahu menahu mengenai notis muflis yang disiarkan dalam ruangan iklan sebuah akhbar.

"Isu cukai ini membuatkan saya lebih peka. Jika perkara ini tidak terjadi, saya tidak akan tahu. Banyak perkara saya belajar melalui isu ini," katanya kepada BH Online.

Ditemui pada majlis pelancaran treler dan runut bunyi (OST) filem Pinjamkan Hatiku di sini, Sam bagaimanapun tidak boleh mengulas lebih lanjut berhubung isu tunggakan cukainya.

Ini kerana katanya, perkara itu masih dibincangkan dengan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Apabila semua selesai, saya akan beritahu kepada umum. Saya enggan menyalahkan mana-mana pihak kerana saya juga ada salahnya.

"Apa yang penting, saya belum disahkan bankrap, ...itu cuma notis," katanya.

Sejak iklan notis kebankrapan terhadap Sam menjadi viral, netizen mula membuat spekulasi berhubung kedudukan kewangannya.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan hingga 15 Februari tahun depan bagi LHDN memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas Sam.

LHDN sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan Sam yang dibuat mengikut prosedur ditetapkan.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post