Angelina Jolie tak seronok bergelar single


“Tiada apa yang seronok menjadi ‘single’,”berikut kata-kata pelakon, Angelina Jolie selepas setahun perpisahannya dengan aktor, Brad Pitt lapor E News.

Berkata kepada Sunday Telegraph, dia meluahkan perasaannya mengenai status yang dipegangnya kini.

“Hidup sendiri bukanlah sesuatu yang saya minta, ia tidak bagus dan sangat sukar. Ada kala, kelihatan seperti saya OK dengan keadaan ini sedangkan sebenarnya, setiap hari saya seperti berperang untuk menghadapi hari-hari mendatang.

“Secara emosinya, setahun ini amat sukar bagi saya, ditambah dengan masalah kesihatan yang dihadapi, kini saya lebih fokus pada kesihatan diri,” katanya.

Jolie memfailkan penceraian terhadap Pitt pada September 2016 selepas 2 tahun berkahwin dan bercinta selama 12 tahun, kedua-dua mereka kini bersetuju dengan hak penjagaan bersama enam orang anak mereka.

Sementara itu, sumber rapat pasangan tersebut memberitahu E News, bahawa pasangan tersebut tidak akan bersatu kembali.

“Mereka tidak akan bersama semula, sekarang mereka lebih fokus untuk berbaik demi kepentingan anak-anak mereka,”kata sumber tersebut.

Sementara itu, Jolis turut menggunakan peluang hidup ‘solo’ ini untuk mencari semula dirinya sendiri, apatah lagi dengan kadar kesihatannya kini.

“Rasanya, kini saya harus mencari diri sendiri, diri lama saya. Sudah terlalu banyak perkara terjadi dalam hidup saya termasuklah isu penceraian, sakit dan juga membesarkan anak-anak.

“Sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya bangkit dan berkembang, melihat anak-anak semakin membesar, barulah saya sedar betapa selama ini saya telah menunda hidup saya sementara waktu demi mereka,” katanya lagi.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post