Alicia Amin Berani Berimej Separuh Bogel


Langkah Alicia bergambar dalam keadaan seksi mendapat kritikan.

Peserta program Asia's Next Top Model (ANTM) musim kelima iaitu Alicia Amin yang beraksi separuh bogel bersedia menerima segala kritikan sejak usianya 16 tahun lagi.

Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 22, berkata dia perlu berani untuk berhadapan dengan setiap cabaran terhadap tindakan dilakukannya.

"Sejak berusia 16 tahun saya sudah berhadapan dengan situasi begini ketika memperjuangkan hak wanita dan pandangan peribadi.

"Kadang-kala industri mengharapkan kesempurnaan, namun kita harus berani mengambil langkah pertama untuk bermula. Sebab itu, saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik dengan apa yang saya miliki," kata Alicia kepada mStar Online.


Salah satu gambar yang mengundang kecaman netizen di laman sosial. Foto Twitter: @lipstiqdotcom, kredit jurugambar: Maximus Visual Artistry.

Baru-baru ini, Alicia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dikecam teruk di media sosial gara-gara dia tampil bergambar seolah-olah berbogel untuk sebuah laman sesawang bagi menjual pakaian dalam wanita.

Sesi fotografi tepi pantai itu dikatakan diambil di Melbourne, Australia pada tahun 2016 dan Alicia dikatakan menggayakan koleksi Victoria’s Secret

Bagaimanapun, pelakon drama Meh Sandar Lagi ini meminta netizen untuk melihat kebaikan seseorang dan bukan hanya mencari kesalahan.


Gambar yang diambil pada tahun 2016 yang menjadi tular di media sosial. Foto Instagram: @hangrii.

"Saya berharap netizen mencari ciri-ciri baik dalam seseorang dan bukannya mencari kesilapan.

"Mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia. Saya tahu pandangan saya mungkin tidak sama dengan orang lain.

"Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain," ujarnya.

Dalam perkembangan karier seninya, Alicia ingin mengambil kelas lakonan untuk memperbaiki kemahiran dalam bidang tersebut.

Model Kacukan Melayu-Jerman ini juga mahu mencabar diri dengan menerima lebih banyak watak dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

"Saya berharap dapat mengambil kelas lakonan dan memperbaiki kebolehan dan kemahiran dalam bidang ini.

"Malah, saya teruja untuk belajar dan menyerap semuanya seperti span. Selagi ada peluang yang datang, saya ingin mencabar diri saya dengan lebih banyak watak sama ada dalam bahasa inggeris atau bahasa Melayu," kata Alicia.

Meh Sandar Lagi terbitan Zeel Production disiarkan setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 7 malam di TV3.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post