Afifah Nasir Biarlah macam guni bawang pun


Pelakon Nur Afifah Nasir, 24, mengakui sedikit pun tidak terasa hati apabila busana digayakan disamakan dengan guni bawang.

Afifah ketika dihubungi berkata, setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing.

"Bagi saya, ia bukan satu perkara yang perlu dijadikan isu.

"Kini saya lebih selesa tidak ambil peduli mengenai apa saja kritikan atau komen yang ditulis netizen di media sosial.

"Bagi saya itu hak mereka dan biarkan saja. Apatah lagi, sekarang fokus saya tertumpu pada karier," katanya.

Afifah kini sibuk di lokasi penggambaran drama 70 episod, Syurga Yang Kedua terbitan Orangetree Production Sdn Bhd yang diarahkan Zamri Zakaria. Penggambaran dijangka barakhir hujung tahun nanti.

Menerusi satu foto dimuat naik Afifah dalam akaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini, busana Afifah mendapat perhatian hingga disamakan dengan guni bawang.

Netizen sebelum ini turut mempersoalkan hashtag ditulis Afifah yang dikatakan menyindir penampilan Bella Astillah hingga berkongsi gambar menunjukkan aksi sindir menyindir antara mereka berdua di aplikasi Instagram.

Tidak cukup dengan itu, pakaian Afifah dikecam menyerupai guni bawang.

Afifah sebelum ini menjadi perhatian kerana isu menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Post a Comment

Previous Post Next Post