Trio The Battleship Island menanti reaksi


Barian pelakon dan pengarah filem The Battleship Island berharap rakyat Malaysia dapat menerima baik filem epik berdasarkan kisah benar berlaku ketika Perang Dunia Kedua.

Filem itu dibintangi oleh pelakon popular Korea Selatan Song Joong Ki, Hwang Jung Min, So Ji Sub dan pengarah Ryo Seung Wan.

Song Joong Ki memegang watak sebagai perisik Park Moo Young mengakui filem itu begitu mencabar memandangkan terdapat beberapa babak bahaya.

"Dengan bimbingan pengarah dan kru produksi, saya dapat menyempurnakan babak sukar.

"Saya dan pelakon lain sudah memberi yang terbaik untuk filem ini kerana ia berdasarkan kisah benar," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.


The Battleship Island Trailer

Pada masa sama, pelakon berusia 31 tahun itu turut mengakui terharu dengan dengan sambutan hangat diberikan oleh peminat ketika menghadiri sesi ramah mesra di Pavilion semalam.

"Sebelum datang ke Malaysia, saya tertanya-tanya apa respons rakyat terhadap filem ini dan ternyata mereka sudah tidak sabar menyaksikannya.

"Saya juga diberitahu negara ini mempunyai pelbagai makanan enak dan tidak sabar mahu mencubanya," katanya.

Filem The Battleship Island akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 17 Ogos ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post