Selepas tujuh tahun, akhirnya Gavin, Serina Redzuawan cerai


Serina Redzuan dan Gavin.

SELEPAS tujuh tahun melayari rumah tangga bersama, warga Britain, Salahudin @ Gavin Edward O’luanaigh akhirnya melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Serina Redzuawan hari ini.

Lafaz itu dibuat Gavin, 40, jam 10.49 pagi selepas Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Nurul Hidayah Jani membenarkan permohonan cerai tersebut.

Serina, 34, yang berpakaian serba putih kelihatan tenang.

Ahli korporat itu menikahi anak Chef Wan itu pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan sepasang cahaya mata Tristan Tareef O’luanaigh, 6, dan Safiyya O’luanaigh, 5.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan Gavin mendapat hak penjagaan kekal terhadap kedua anak tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post