Rumah tangga Hafiz Hamidun Bergolak kerana campur tangan luar



Penyanyi, Hafiz Hamidun, menganggap ada pihak yang memanipulasi keadaan sehingga membuatkan rumah tangganya bersama pengasas kosmetik, Joy Revfa, semakin tegang.

Hafiz menegaskan, beliau tidak pernah menyindir sesiapa menerusi laman sosialnya, namun mendakwa kekusutan yang tercetus didorong emosi dan campur tangan banyak pihak.

"Saya belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini, namun ia dimanipulasi oleh pihak tertentu sehingga menjadikan perkara ini semakin rumit.

"Saya sebenarnya tidak merancang untuk membuat sebarang sidang media sekiranya tidak perlu. Ini kerana kisah rumah tangga adalah hal peribadi dan tidak harus diceritakan.

"Mengulas mengenai hal agama, saya mengakui masih banyak yang perlu dipelajari. Namun, apabila didorong dengan hasad dengki, pelbagai perkara boleh berlaku," kata Hafiz.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua itu berharap kemelut rumah tangganya tidak berlarutan dan dapat diselesaikan dengan baik.

Terdahulu, Joy membuat kenyataan kepada BH Online menyelar tindakan Hafiz yang membuka aib tidak pernah menyentuh isterinya sejak berkahwin pada 1 Mei lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post