Padah Jihoon bergerak tanpa pengawal


Annyeonghaseyo! Malang buat anggota Wanna One iaitu Jihoon apabila mengalami kecederaan selepas diserang peminat, baru-baru ini.

Menurut laporan, ketika kejadian Jihoon bersama anggota lain dalam perjalanan untuk menjalani penggambaran Immortal Song iaitu sebuah filem KBS.

Mereka yang bergerak tanpa pengawal keselamatan tidak menyangka ia satu tindakan tidak selamat.

Ketika kejadian, peminat berkumpul di luar lokasi penggambaran kerana mahu berjumpa kumpulan itu. Apabila melihat Wanna One tidak diiringi pengawal keselamatan, kumpulan peminat berkenaan terus mengambil kesempatan untuk menyerbu mereka.

Akibat insiden itu, jari tengah Jihoon mengalami beberapa luka kecil yang agak dalam.

Difahamkan, peminat bertindak di luar kawalan sebaik melihat Wanna One dan berusaha untuk mendekati mereka. Ada yang sanggup memanjat pagar serta bertolak-tolak untuk mendekati mereka.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan peminat lain di Internet yang menyalahkan agensi mereka YMC Entertainment kerana tidak mementingkan keselamatan Wanna One.

Malah, ada peminat sanggup menghubungi agensi itu untuk mengutarakan isu berkenaan, namun tidak diendahkan.

Peminat yang tidak berpuas hati kemudian mewujudkan #YMC_fortify_yoursecurity bagi memberi kesedaran kepada agensi itu betapa pentingnya keselamatan mereka.

Sejak Wanna One ditubuhkan, peminat sentiasa bertindak di luar kawalan setiap kali berjumpa mereka.

Pada kejadian itu, peminat bertindak ganas hingga tidak mempedulikan kehadiran polis.

Post a Comment

Previous Post Next Post