Lagu hip hop Kilafairy bersama Sean Kingston


Pelakon dan penyanyi Kilafairy, 25, bakal melancarkan single duet bersama penyanyi berdarah Amerika-Jamaica, Sean Kingston hujung tahun ini.

Dia yang mesra membahasakan diri sebagai Kila berkata, lagu yang judulnya masih dalam perbincangan itu sudah dirakam di tanah air pada Jun lalu.

€Saya menyenaraikan beberapa nama artis luar negara dan pihak pengurusan saya, Lion Music Group berjaya mendapatkan Kingston.

Proses rakaman lagu hip hop ini hanya mengambil masa sehari sahaja. Satu pengalaman berharga apabila berpeluang berduet dengan penyanyi Amerika Syarikat,€ katanya.

Menurut Kila, single keempatnya itu dirakam dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Untuk versi Bahasa Malaysia, hanya saya dalam bahasa ini manakala Kingston kekal dengan lirik Inggeris.

€Video muzik babak Sean sudah dirakam cuma bahagia saya belum siap lagi€ katanya.

Menyentuh karier lakonan, Kila kini rancak menjalani penggambaran drama bersiri Mr Delicious untuk saluran Hypp TV.

Post a Comment

Previous Post Next Post