Johan tunai hajat terperap


Selepas dua tahun idea terperap, hajat pelawak Johan menerbitkan program komedi spontan yang dijayakan keluarga dan teman rapat, akhirnya tertunai.

Program berdurasi 90 minit, #TerobekRaya mula ditayangkan saluran Astro First Eksklusif hari ini.

Bercerita mengenai program lawak tanpa skrip itu, Johan memberitahu, pada mulanya, ramai yang gusar apakah ideanya dapat diterima.

"Saya selesa bekerja dengan barisan pelakon yang juga teman rapat, ini memudahkan kerja.

"Kami menjalani penggambaran selama seminggu, cuma proses suntingan yang mengambil masa dua bulan. Jika diikutkan, banyak yang ingin diselitkan tetapi kita perlu ikut tempoh 90 minit itu," katanya kepada BH Online.

Selain Johan dan isterinya Ozlynn, #TerobekRaya turut menampilkan Tauke Jambu, Ani Mayuni, Riz Amin, Marsha, Beto Kusyairy, Azhan Rani, Zizan Nin dan ramai lagi.

Johan berkata, biarpun tampil dengan #TerobekRaya, dia sedia menerima tawaran daripada produksi lain.

"Jika ada tawaran dari produksi lain untuk bekerja dengan orang baharu, saya terima," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post