Intan Sarafina Pernah Menangis Kerana Netizen


Tidak pernah terlintas di fikiran penyanyi Intan Sarafina bahawa suatu hari nanti para penggemar industri muzik tempatan akan memberi impak yang sangat besar ke atas dirinya.

Mereka tidak sekadar menjadi sebahagian insan yang menyokong kerjaya seni tetapi turut meninggalkan parut duka dan merobek perasaan serta hati kecilnya. Kerana mereka, ibu kepada tiga anak lelaki ini tidak berupaya lagi untuk bertahan dengan pelbagai kecaman sehingga air mata yang dianggap sangat mahal itu tumpah tidak berhenti.

Semuanya gara-gara netizen di media sosial yang bertindak seperti hakim, menidakkan bakat seni Intan Sarafina ketika dia muncul dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ketiga lalu.

“Kali pertama berdepan dengan keadaan tersebut, membaca setiap satu komen di media sosial, saya akui menangis dan berasa sangat kecewa dengan kata-kata mereka. Saya seperti terkena kejutan budaya.

“Selepas berbelas-belas tahun tidak menyanyi, saya berusaha sehabis daya untuk memberikan persembahan terbaik tetapi mendapat reaksi negatif. Hati mana yang tidak remuk dan perasaan siapa yang tidak kecewa.

“Tetapi suami saya sangat positif orangnya. Apabila tengok saya menangis dek hentaman netizen, dia tidak lagi beri saya membaca komen mereka. Biarlah netizen menulis apa pun yang mereka mahu. Lagipun kita tidak boleh menghalang orang lain daripada mencerca dan menghentam kita.

“Tetapi yang perlu kita buat ialah mengambil semua kecaman tersebut dengan positif. Itulah yang saya praktiskan. Saya telan semua komen buruk itu sebagai pendorong untuk tampil dengan lebih bagus di mata khalayak.

“Bahkan saya jadi bersemangat untuk buktikan yang saya mampu menjadi lebih baik, menukar semua bentuk negatif netizen kepada kekuatan dalaman diri.

“Syukur, saya berjaya menguatkan mental dengan mengelak membaca komen-komen mereka,” kata Intan.

Malah sehingga hari ini, dia jarang sekali membaca komen-komen di media sosialnya kerana enggan terasa hati dan mematahkan semangatnya dengan kata-kata netizen.araton dengan suaminya.

Post a Comment

Previous Post Next Post