Aktres terkemuka, Halle Berry mendedahkan bahawa dia pernah berdepan situasi cemas apabila anak perempuannya hilang daripada pandangannya ketika membeli-belah.
Menurut pelakon berusia 50 tahun itu, situasi itu membuatkan dia bertindak meminta pihak butik menutup premis berkenaan bagi mencari Nahla.
“Kejadian itu berlaku ketika Nahla masih lagi kecil. Saya terlalu leka melihat pakaian. Apabila saya menoleh, saya lihat dirinya sudah tiada di sisi.
“Ketika itu saya menjerit menyuruh kedai itu agar ditutup. Tiada orang meninggalkan premis itu sehingga saya menjumpai anak saya,” katanya seperti yang dilaporkan portal Femalefirst.com.
Mengimbas insiden itu, aktres filem Kidnap itu memberitahu, ketika itu dia merasakan seolah-olah tidak akan menjumpai anaknya lagi buat selama-lamanya.
Bagaimanapun, katanya, dia bernasib apabila Nahla yang kini berusia sembilan tahun ditemui beberapa meter daripada lokasinya.