Ramai tertanya-tanya di mana hilangnya Afifah Nasir?
KETIKA orang masih berteka teki dimanakah 'hilangnya' Nur Afifah Nasir selepas terpalit insiden perosak rumah tangga Aliff Aziz, aktres cantik itu bersedia untuk berhadapan realiti tersebut.
Afifah, 24, berkata, dia akan membuat satu kenyataan bagi merungkai persoalan berkenaan namun mahu diberikan sedikit masa.
"Fifa memang akan keluarkan kenyataan cuma sekarang tengah sibuk sikit. Maaf sangat," ujarnya ringkas kepada mStar Online.
Jawapan yang diberi itu sedikit sebanyak dapat menjawab pertanyaan netizen kononnya pelakon ini cuba melarikan diri daripada berkata sesuatu selepas Aliff Aziz mengaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah.
Malah sebelum itu pelakon drama bersiri Izinkan Aku Mencintaimu ini pernah menyatakan kesudiannya untuk berkongsi perkembangan mengenai perkara itu bagaimanapun sehingga kini dia dilihat masih berdiam diri.
Afifah Nasir memberitahu dia akan membuat kenyataan namun masih belum memberi tarikh yang tepat bagi tujuan itu.
Dunia hiburan sebelum ini dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.
Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didaparti bersama seorang wanita iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.
Aliff dalam sidang media yang diadakan pada 31 Julai lalu mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Bella dan pihak-pihak yang terasa hati.