Erma Fatima dan Bade Azmi sah bercerai talak satu


Perkahwinan pasangan pengarah terkenal Erma Fatima dan Bade Azmi, akhirnya terlerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, sebentar tadi.

Bade, atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 53, menceraikan Erma, 49, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin meluluskan permohonan cerai itu selepas berpuas hati dengan keterangan-keterangan oleh kedua-dua pihak.

Bade melafazkan talak sambil disaksikan beberapa ahli keluarga masing-masing serta media di galeri awam mahkamah.

Mahkamah mensabitkan berlaku penceraian talak satu untuk kali pertama dan memerintahkan penceraian didaftarkan di Pejabat Agama Islam dan sijil nikah dikembalikan.

Pada 10 Ogos lalu, Bade selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003.

Erma diwakili peguam Datuk Jamal Mohd Lokman Sulaiman manakala Bade tidak melantik peguam.

Pada Mei 2015, penerbit, pengarah dan pelakon utama siri Mok cun itu pernah memfailkan permohonan cerai namun menarik balik permohonan tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post