Rani Kulup, Janganlah tunggu bendera percuma, pasanglah bendera


Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) sedih melihat rakyat Malaysia kurang menghargai sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, semangat kemerdekaan seakan-akan 'hilang' kerana tidak banyak kenderaan memasang Jalur Gemilang, berbeza dengan beberapa tahun lepas.

Katanya, golongan muda seharusnya ditanam semangat cintakan negara dan mengibarkan bendera merupakan salah satu cara menzahirkan rasa cinta pada Malaysia.

"Saya memang tak puas hati bila orang tidak pasang bendera, tak semangat langsung nak sambut Hari Kemerdekaan. Janganlah tunggu bendera percuma saja, pasanglah bendera.

"Mana hilang semangat kemerdekaan? Belilah bendera, kibarkan, bukannya mahal pun harga bendera. Lupakan parti politik semua, raikan Hari Kemerdekaan bersama-sama.

"Saya mengajak rakyat Malaysia bangkit dan semarakkan Hari Kemerdekaan. Hargailah pengorbanan pejuang terdahulu yang mempertaruhkan nyawa demi kedaulatan negara," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post