Eric Bolling hantar mesej lucah, digantung tugas


Pengacara Fox News, Eric Bolling digantung tugas kerana didakwa menghantar mesej dan foto alat sulitnya kepada rakan sepejabat.

Laporan CNN mengatakan insiden melibatkan pengacara program 'Cashin' In' berkenaan didedahkan oleh Huffington Post, Jumaat lalu.

Peguam Eric, Michael Bowe menafikan sebarang dakwaan terhadap kliennya.

"Tuduhan tersebut tidak benar dan tidak adil," kata Michael kepada CNN Money.

Michael mengesahkan beliau dan Eric memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes tersebut.

Julai tahun lepas, bekas CEO Fox News, Roger Ailes disaman oleh pengacara Gretchen Carlson.

Gretchen mendakwa Roger meminta rasuah seks.

Post a Comment

Previous Post Next Post