Datuk Seri Vida Tidak tinggal dunia lakonan


Jutawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Vida muncul dalam program Casa Mewah DSV di saluran Tonton.

Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman berkata, program itu memaparkan kemewahan dimiliki yang belum pernah disiarkan dalam mana-mana program TV.

"Program ini memang eksklusif untuk Tonton saja. Jika sebelum ini peminat sudah melihat koleksi beg tangan dan pelbagai lagi barang peribadi saya di rumah baru, kali ini ia berbeza sedikit.

"Saya sengaja tidak menayangkan keseluruhan rumah dalam mana-mana program sebelum ini kerana ingin memberi hak ekslusif kepada pelanggan Tonton. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang baru buat mereka," katanya kepada Harian Metro.

Vida yang juga Queen of Tonton (Ratu Tonton) dalam perancangan untuk mewujudkan saluran sendiri di Tonton.

Namun buat masa sekarang dia masih dalam peringkat perbincangan dengan portal dan aplikasi penstriman video nombor satu Malaysia ini.

Terdahulu Vida ditemui pada mini karnival Tonton di Brunei bersama syarikat telekomunikasi DST bersempena pelancaran Tonton di Brunei.

"Ini satu kerjasama bagus antara Tonton dan DST. Selain dapat menikmati pelbagai program siaran langsung dan tayangan drama lebih awal, pelanggan juga berpeluang bertemu lebih dekat dengan saya dan wajah Tonton lain dalam setiap aktiviti dijalankan.

"Saya berharap selepas ini Tonton boleh ke negara lain pula. Sekurang-kurangnya orang luar boleh melihat hasil karya dan program yang ada di Malaysia terutama terbitan Media Prima," katanya.

Perkembangan lain, Vida bakal muncul dalam muzik video kedua lagunya berjudul I Am Me.

Vida berkata, dia membelanjakan RM300,000 untuk membeli sendiri kostum yang bakal dipakai dalam muzik video itu nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post